assalamualaikum :)
hye :) maaf kerana menyepikan diri buat seketika. alhamdulilah aku telah berjaya menamatkan program satu tahun matrikulasi dengan selamatnyer tapi belum selamat lagi sbb result tak keluar lagi. aku mohon result untuk kali nie oke. mintak mintak sangat graf untuk tahun ini turun. sebab untuk semester dua ini tajuk makin susah. paling aku tak minat sekali organic chemistry. serius memang aku susah sikit nak tangkap tajuk ini. banyak benda kena faham, kena hafal. belajar memang seronok tapi kalau nak jawab exam tu yang tak seronok tu. hehe. memang ditakdirkan aku tak boleh sangat dalam menghafal sesuatu benda. sbb tu jugak aku tak berapa suka biologi. physics jugak dihati :) yup, mmg dari sekolah dulu aku suka giler chemistry, physics kureng sikit la. smpai kat matrik ini physics jugak yang nmpk senang dari chemistry. chemistry bisa membuatkan otak gua pening kepala. aku down kat situ sebab aku takboleh bawak chemistry kat matrik. kenapaaa????
exam mathematic berjaya membuatkan aku menitiskan air mata selepas menjawab exam paper dua. serius susah giler nak mati ! aku tak tahu kenapa dia keluarkan soalan yang begitu trick sekali. masa exam sem satu physics paling susah giler nak mati tapi sekarang math yang paling susah. tape benda dah lepas. mohon doa semoga aku lulus matrikulasi. insyaallah. amin :)
ini bukan tempat periksa aku. tempat periksa aku special sikit. ini dulu tempat periksa aku time UPS dulu. aku duduk belakang sekali dekat dengan pintu. agak agak kat mana tu?
dewan exam - dewan banquet. sejuk giler. memang jodoh aku lagi dapat duduk kat belakang sekali lagi. tapi besh. selesa sebab ada air con. hehe
oke kita abaikan cerita pasal peperiksaan tu. aku pun dah taknak pikir dah. MATRIK tersangat lah beshh. walaupun orang kata sebelum aku masuk matrik nie, banyak cakap matrik ini susah giler la, matrik macam sekolah asrama la, matrik nie hidup terkonkong la tak mcm kat U. tapi yang paling aku tahu sekali sebelum aku masuk matrik nie memang susah giler, kalau kau takpandai kat sini memang nnt nak masuk degree dapat course lelong. lagipun aku takde sesapa yang pernah masuk matrik, kakak aku sendiri pun takde pengalaman masuk matrik tapi cousin aku dua orang pernah masuk matrik dan aku tengok pun diorang selamat walafiat je lepas masuk matrik. semua dapat masuk U. sorang kat University Malaysia Pahang ambik course engineering, sorang lagi kat Univeristy Teknologi Malaysia (UTM). maknanyer kalau diorang boleh lepas, aku pun boleh lepas jugak la.
serius aku cakap matrik nie sebenarnyer beshh giler, kawan kawan yang besh, hidup terkawal, senang belajar kalau korang pandai sesuaikan diri kat sana nnt. subjek sikit je, tak banyak pun. tiga subjek je yang perlu korang fokuskan. phsyics, chemistry dan mathematics. subjek subjek lain cuma sampingan je. yang masuk pointer cuma tiga subjek utama tu je. mula mula masuk matrik mmg taksuka ! sebab takde kawan sekolah kat sana. hidup sorang sorang kat sana. yang ada pun dua tiga orang je. tu pun masa orientasi aku takjumpa diorang sbb terpisah. aku sorang je duduk kat blok C yang lain semua duduk blok A. dua ribu orang kat matrik tu mmg aku takjumpa sesapa yang aku kenal. shereen masuk lambat sikit, tapi rasa bersyukur sangat sebab shereen duduk sama blok dengan aku, sama aras dengan aku walaupun bilik lain lain. suka giler kott ! hehe. aku try carik kawanbaru. dah lama lama, baru rasa seronok duduk sana. sem satu belum rasa sangat sbb baru first time kan, tapi dah masuk sem dua semua nyer bertukar menjadi seronok.
takrugi aku cakap kat korang besh sebenarnyer kat matrik nie. setahun tu korang rasa mcm kejap sangat. rasa mcm tak sampai setahun pun. tapi kira kira balik memang cukup 12 bulan kat matrik. habis jugak aku kat matrikulasi. masa sem satu mmg rasa nak keluar nak pergi lari kat uitm tapi dah takdir mmg jodoh aku kat matrik kan. tape aku teruskan jugak. alhamdulilah berjaya akhirnyer :)
tapi yang paling aku rasa besh sangat masa dah dekat dekat nak habis matrik. time time macam tu lah korang akan rasa. kenapa dah nak habis baru rasa beshh !! kenapa ?? dan itu memang kenyataan kan. dah dekat habis la jalinan persahabatan semakin utuh. wah, kau punyer ayat kemain lagi kan. hehe
masa nie time study week, kitaorang kumpul balik ramai ramai. susah sebenarnyer nak kumpul balik time study week. masing masing buat hal sendiri. kebetulan cikgu faz nak buat kelas dan kitaorg kumpul balik mcm biasa dan buat persembahan untuk cikgu tu.
video insyaallah aku upload. kalau aku dapat upload. aku try upload oke. kalau tak dpt harap maaf. takdpt tunjukkan.
cikgu baizura - pensyarah physics kuliah dah amali physics
teacher liana - pensyarah bahasa english
kawan pertama yang aku kawan - norliza mohd zain
amali physic yang terakhir - oke aku sorang je tak pakai lab coat
kimia amali yang terakhir - oke aku akan merindui bau bahan kimia.
kalau korang nak tahu time amali la kitaorang suka main main. lagi lagi kalau amali kimia. mmg buat experiments tak pernah nak serius. dan aku akan selalu ambik result orang lain. hehe. tu perkara biasa. dan aku akan merindui nak buat graf physics yang kadang kadang menyusahkan.
kokurikulum
saya seorang yang suka sukan !
rindu bilik ini - agak agak mana meja belajar aku ?
aku akan merindui kalian semua. thanks for everything kawan kawan :)
p/s :: penat sebab dah lama tak menaip.














No comments:
Post a Comment