About me

My photo
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
going 21 years old.
port dickson, Malaysia
taking business administration in marketing- UNITEN
a caliph of allah, an ummah of rasullulah <3

Monday, July 29, 2013

only ini Muadzam Shah



only in Muadzam Shah,Pahang



itu lah uniknya muadzam shah.

kbye !

salam ramadhan.

counting balik raya, yeahhhhh ! 



Saturday, July 27, 2013

Re-post: La Tahzan, Jadilah Wanita yang Paling Bahagia


Sekali lagi air mata itu tumpah, bagai melegakan hati pemiliknya.

Wanita,
Kadangkala diuji dengan sehebat-hebat ujian.
Zahirnya lemah tapi batinnya gagah anugerah Tuhan.

La tahzan.

Optimislah dengan ujian. Itu hadiah Tuhan.
Bersyukurlah. Beruntunglah.
Dari jutaan, engkau pilihanNya.

Kita rasa kitalah yang besar ujiannya. Kita rasa kitalah paling berat bebanannya.
Come on. Ada orang lagi besar ujiannya. Lagi berat bebanannya.
Jangan merungut sayang. Jangan mengeluh walau sedetik.
Kita milik Dia. Dulu, Kini. Dan selamanya.
Maka Dia berhak menentukan yang sebaiknya buat kita.
Bukan hanya di dunia. Bahkan hingga ke daerah sana.

Jalan takdir Allah tak pernah salah.
Berbaik sangkalah dengan aturanNya.
Jika perlu untuk engkau menangis, maka menangislah.
Tapi sayang, jangan sedih lama-lama.
Nampak macam kita kurang redha dengan apa yang Allah aturkan.
Takdir Allah is something yang unexpected.
Miracle things may come soon. Soon.
Engkau harus percaya.
Ya, percaya.

La tahzan.
Syurga itu mahal sayang, bukan mudah kita nak dapat.
Even people always said, benda yang payah nak dapat itulah yang kita akan benar-benar hargai.
Dan kita pasti bahagia sangat bila dapat.
Itu pasti.
Senyum.

Tapi terkadang ada masa kita jatuh.
Tak mampu nak bangun.
Tapi, ingatlah. Walau apa pun, Allah akan tetap menemani.
Just beside you.
Selalu.
Allah akan ubat luka di hati kita.
Perlahan. Perlahan.
Inilah hadiah buat hambaNya yang bertabah!
Tears.

InsyaAllah, bila Allah redha, Allah akan mudahkan.
Tak mudah. Siapa kata mudah?
Tapi inilah kasih sayang Tuhan.
Berdamailah dengan takdirNya.
Dan sampai masa kita akan faham, ada perkara yang memang dah tertulis akan terjadi.
Dan tertulis di Luh Mahfuz.
Dan kita mesti berhenti daripada memaksa ia jadi macam yang kita nak.
Tetaplah sabar dan redha dengan aturanNya.

Bukalah surat cinta dariNya.
Pasti akan damai hatimu.

” Maka hanya bersabar itulah yang terbaik (bagiku)” [Yusuf: 18]

La tahzan. Kesatlah air matamu.
Allah ada.
Allah tahu.

“Dan bertakwalah kepada Allah, sungguh, Allah Mengetahui segala isi hati.” [Al-Maidah:7]

Dan ingatlah,

“Kebahagiaan kita tidak terletak pada harta, tidak pada penampilan diri, tidak juga pada gemerlap perhiasan dan keindahan dunia. Ukuran kebahagiaan terkait erat pada hati dan ruh manusia yang mendamba redha Tuhannya.” -Hasan Al-Banna-

La tahzan,
Jadilah wanita yang paling bahagia! :)

Hasil Nukilan: http://bittersweetjourneyoflittlekhalifah.blogspot.com/

La Tahzan, sayang :D



Thursday, July 25, 2013

ceritera

sabtu lepas, alhamdulilah sempat berbuka puasa di padang kuantan yang famous gilerrrrr tu, yang ramai orang gilerrrr tu. tempat tu mesti menjadi kewajiban sesiapa yang tinggal di kuantan dan kawasan sekitarnya.

dan bulan puasa ini penuh dengan assignment yang mengila, marketing research yang menggila, exam yang menggila, event yang bersusun untuk dijalankan, meeting yang lama sampai pukul 1/2 pagi.

dan dan hampir 2 months aku takbalik rumah. percaya tak ? ofcourse kena percaya. homesick jangan cakap lah. memang homesick gila !

dan dan disebabkan aku takdapat balik rumah, memang tiap tiap minggu aku ke sana ke mari. Rompin, Segamat, Kuantan, Nilai, Bangi, semua tempat aku jajah. bukan suka suka nyer, tapi sambil menyelam minum air orang tua kata.

dan dan semenjak dua menjak memang aku jenis yang susah bangun pagi. yaallah, rasa malasnyaaa nak bangun pagi pagi. berat naning orang ganu kata.

dan dan aku cuba bahagikan masa aku dengan semua perkara. supaya aku tak terlalu fokus kepada satu benda saje.

dan dan dan yang paling penting sekali, taksabar nak balik rumah ! lagi satu minggu je lagi nak balik.

finally, UNITEN buat cuti midsem. selama aku study kat UNITEN ini, first time UNITEN buat cuti midsem. bayangkan dulu kami langsung tade cuti midsem. berderet kelas sampai ke final. sakit otak. dan cuti midsem ini jatuh masa raya. yeahhh, dapat cuti lama sikit. alhamdulilah.

ini gambar masa iftar kat kuantan sabtu lepas :D


#1

#2

#3


#4


#5

#6

#7



p/s: alhamdulilah program iftar bersama ustaz elyas ismail berjalan dengan lancar. awak awak datang tak ?


#muadzam shah
ramadhan 17
salam nuzul quran










Sunday, July 21, 2013

cuba

aku cuba untuk tidak merungut dengan apa yang ada
aku cuba untuk tidak merungut dengan apa yang ada
aku cuba untuk tidak merungut dengan apa yang ada

cukup 3kali

aku cuba.

aku cuba untuk tidak mengeluh dengan apa yang ada
aku cuba untuk tidak mengeluh dengan apa yang ada
aku cuba untuk tidak meneluh dengan apa yang ada

cukup 3 kali

aku cuba.

aku cuba untuk tidak mengadu kesakitan yang ada
aku cuba untuk tidak mengadu kesakitan yang ada
aku cuba untuk tidak mengadu kesakitan yang ada

cukup 3kali

aku cuba.

tuhan, aku sedang cuba.

salam ramadhan.

#muadzam shah

Tuesday, July 16, 2013

iftar dan ceramah perdana

IFTAR & CERAMAH PERDANA 
BERSAMA PERSONALITI TV AL HIJRAH

USTAZ ELYAS ISMAIL

TARIKH: 22 JULAI 2013 (ISNIN)
MASA: 6.30 P.M - 11.00 P.M
TEMPAT: SURAU DESASISWA HARMONI, UNITEN



SAVE THE DATE

22 JULAI 2013 

sebarkan berita gembira ini kepada rakan rakan nya :)
taip siap siap dalam phone sebagai remainder.

#muadzam shah