About me

My photo
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
going 21 years old.
port dickson, Malaysia
taking business administration in marketing- UNITEN
a caliph of allah, an ummah of rasullulah <3

Thursday, July 11, 2013

ramadham #1

ramadhan ke-2

alhamdulilah dah masuk hari kedua. dan alhamdulilah sempat menunaikan solat sunat terawih sementara di perantauan. kemungkinan lepas ini tak berpeluang lagi. hari ini, khamis malam jumaat. jadinya, jemaah jemaah wanita tak ramai seperti biasa penuh sehingga ke pintu.

mungkin cuti hujung minggu, susah nak nampak students UNITEN ada di UNITEN. sangat susah. kalau boleh, hari khamis dah cabut lari dari muadzam. balik ke muadzam balik, pukul 12am hari ahad. itu perkara biasa.

seperti biasa kami teruskan solat isyak ke solat sunat terawih. tetiba, pak imam kami mungkin terlampau khusyuk sangat, sampai terlajak satu rakaat, daripada dua rakaat terus jadi tiga rakaat. dalam hati aku 'gilaaaaa, aku nak buat apa ini. aku dah tahiyat terakhir ini. boleh pulak dia sambung satu rakaat lagi'. kiri aku buat macam ini, kanan aku buat macam ini. kesudahannya, aku follow je orang sebelah aku.

sampai salam terakhir, aku dengan kawan aku pandang sesama sendiri "solat apa ini?"

gelak tak ingat dunia.





p/s: manusia tak lari dari kesilapan.


muadzam shah.



No comments:

Post a Comment