About me

My photo
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
going 21 years old.
port dickson, Malaysia
taking business administration in marketing- UNITEN
a caliph of allah, an ummah of rasullulah <3

Tuesday, August 9, 2011

MAAF yang lebihh sempurna :)

assalamualaikum :)

sunyi.silence.seperti keseorangan. hanya kedengaran bunyi hembusan angin.aku menarik nafas sedalam dalam. dalam hati berkata "nak cakap apa ini?"

semakin sunyi.silence.memandang kearahh pantai yang bersih hari ini. bersih. cantik sangat. tenang.

suasana semakin sunyi. makin lama. aku seperti patung yang bernyawa tapi takmampu untuk berkata. ahhh. susahnya.

sepi

hanya melihat ombak laut berlawan antara sendiri untuk siapa akan sampai dulu dipantai. hanya terdengar bunyi angin, ombak, kadang kadang terdengar suara manusia.

makin sepi.

dia kata aku bodoh,
aku kata MEMANG.

dia kata aku takpikir,
aku kata TU LAH PASAL.

dia kata aku takguna otak,
aku kata ITU BETUL.

dia kata aku bangang,
aku kata PALING BANGANG.

dia kata aku jahat,
aku kata TAKDE NIAT.

dia kata aku takut bila buat salah,
aku kata TAKUT GILA.

aku kagum dengan firasat dia.

dia dah taktahu nak kata apa,
aku kata jangna kata apa, HUKUM JE.

dia taknak pukul,
aku kata MAAF AWAK.

#bogel mencari tuhan.

aku memang manusia biasa. yang tidak sempurna. dan kadang salah. salah. yaa salah.

aku bangkitt. bangkit untuk terbang tinggi. tinggi sangat. sehingga aku penat untuk terbang. aku mahu terbang tinggi sebab aku takut.

takut kerana salahhh.

tuhan, daratkan aku ke bumi. pancing aku dari bulan. tarik aku tembus awan. hentakkan kepalaku kedinding. buka tingkap biar silau. sergahku dari salah. pijak tubuhku tertiarap. cium tanah. hulur wajahku ke cermin. tenung dan fikir. semuanya metafora : hatiku dicuri dia. empunya refleksi,sedarlah. kita ini pencinta rahsia. hari ini dan bila bila.

terimakasih kerana maaf yang lebih sempurna :)


2 comments: