About me

My photo
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
going 21 years old.
port dickson, Malaysia
taking business administration in marketing- UNITEN
a caliph of allah, an ummah of rasullulah <3

Wednesday, August 3, 2011

jika hati ini berbicara tentang sesuatu

assalamualaikumm

:)

ya allah,
jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya,
agar tidak berpaling daripada padaMU

ya muhaimim,
jika aku rindu
rindukanlah aku pada seseorang, 
yang merindui syahid dijalanMU

ya rabbana,
jika aku menikmati cinta kekasihMU
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya,
bermunajat di sepertiga malam terakhirMU

ya rabull izzati,
jika aku jatuh hati pada kekasihmu,
jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh,
dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMU

ya allah,
jika kau halalkan aku merindui kekasihmu,
jangan biarkan aku melampaui batas,
sehingga melupakan aku pada cinta hakiki
dan
rindu abadi hanya kepadaMU

AMIN YA RABBAL  ALAMINN
 #insyaallah



"hidup bukan untuk hidup, hidup untuk yang maha esa. hidup bukan untuk mati, tapi mati untuk hidup"
-stanza cinta-
tersirattt gilaa maksudnyaaa. sukaaaaa ~

wehhh nampak mood aku macam manerr !

kau boleh nampak? mungkin. kau boleh rasa, apa yang aku rasa ? mungkin. kau tahu perasaan ini ? juga mugkin. kau faham semua ini? barangkali mungkin.

kemungkinan. alhamdulillah :)

aku berkemungkinan taksuka hanya aku yang boleh rasa benda ini. hanya aku dapat menilai. hanya aku dapat tahu keadaan sebegini rupa. kerana aku rasa, aku seperti tinggal keseorangan didalam bumi ini. hanya berkawan dengan alam semesta sahaja yang diciptakan oleh illahi. sedangkan aku berkawan dengan yang mempunyai hati. 

berkemungkinan kau takpaham. barangkali.

aku hanya mahu kau harus ada, aku hanya mahu kau harus TAHU, aku hanya mahu kau membalas. supaya aku tidak lagi tinggal didalam bumi ini keseorangan. supaya hati ini dapat berkata, alhamdulilahhh, syukurrr :)

walaupun hanya kau berkata dengan senyuman mahupun sepatah perkataan, yang bisa mengcekam hati aku untuk bertanya lagi, apa jawapannya? ahhh. tapi hati aku takut untuk berkata kata lagi. aku takut jawapan yang kau berikan nnt tidak dapat menyembuhkan penyakit ini.
walaupun hati ini berombak ombak ingin tahu apa yang aku rasa, kau rasa jugak.

mungkin barangkali.

kerana aku takut dipanggil kurang siuman. 

kemungkinan lagi kau takpaham. takpe.

sekian, terimakasihh :)


2 comments:

  1. "hidup bukan untuk hidup, hidup untuk yang maha esa. hidup bukan untuk mati, tapi mati untuk hidup"
    -stanza cinta-

    like this too :')

    ReplyDelete
  2. tahu tapeeeee

    :) :) :)

    mendalamkann ayat tuuu :)

    ReplyDelete