About me

My photo
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
going 21 years old.
port dickson, Malaysia
taking business administration in marketing- UNITEN
a caliph of allah, an ummah of rasullulah <3

Sunday, June 12, 2011

+sejuta impian+

assalamualaikum

hye silent reader :) now i want to talk talk tentang impian. *abaikan bahasa inggeris yang terabur tu. sebab aku nak cerita, tadi aku tengok sejuta impian kat tv3. oke aku rasa semua orang ada impian kan? aku pun ada maa. sama macam uolls la. cuma impian kita berbeza beza. kau nak macam ini, macam ini. aku punya impian pulak macam ini.persoalannya adakah impian kita akan menjadi sebuah kenyataan. insyaallah :)

impian pertama aku, jeng jeng jeng. education. aku rasa korang pun impikan benda ini kan. aku nak pegang segulung ijazah dengan kelas pertama. pastu dapat anugerah dekan lagi. wahh indahnya. pastukan aku nak tangkap gambar sambil pegang ijazah dengan family, sambil baling baling topi dilangit, sambil lompat bergumbira. siap ada photoshot untuk aku sempena hari convocation aku nnt. wah seronoknya :) berangan ini. then, insyaallah sambung master kalau ada kesempatan.


#sumber dari yahoo.com
lebih kurang macam inilah nnt. wah seronok, seronok

yang kedua, ada both. ala lebih kurang macam ada perniagaan sendiri. otak aku memang dari dulu memang minat dalam bidang business. dulu masa SPM orang tanya nak ambik apa?
aku jawab : business kott. (sambil buat muka selamba)
dia : business dah ramai orang ambik la. kau kan ambik bidang sains, pergi lah bidang sains
aku : *sambil senyum.oke. engineering kott. senyum lagi.
dia : oke jugak tu. nak ambik kat mana?
aku : hrmm *senyum :D tak tahu lagi. dalam hati sedih, nak ambik business.

orang : nnt nak ambik apa lepas SPM ini ?
aku : *dalam hati business <3. tapi tak terkeluar.

dah masuk matrik
kawan 1 : nnt korang nak ambik apa lepas matrik ini?
kawan 2 : aku ambik farmasi kott.
aku : aku nak ambik business la, tapi mesti orang kata rugi doh kau dah belajar sains susah susah nak pergi business pulak.
kawan 2 : kau minat business ke? rugi sikit la kalau kau nak ambik business.
aku : minat gila. *dalam hati suka :)
kawan 1 : business macam tak je.
aku : *dlm hati hampa lagi. aku yang minat ke korang? :(

itu impian aku. nak ada butik, nak ada butik online, nak ada both sendiri. aku selalu berangan, ada sebuah butik sendiri yang konsep dia ala ala comel gitu,klasik,fresh, trendy. arghh takdpat bayangkan. butik aku tu macam ala ala oldblossombox tu. berangan kan lebih. setiap hari aku berangan pasal perniagaan aku ini. saya seorang yang kuat berangan. hehe.

#pengakuan sikit. dulu masa SPM aku dapat diploma banking. tapi aku tolak sebab masa tu aku fikir orang akan pandang rendah kat aku. dulu aku ingat lagi
aku : weh aku dapat dip banking
orang : dip banking? apa tu? tah apa apa je course tu. pilihan ke berapa tu kau letak?
aku : tu lah tah apa apa kan? pilihan keberapa tah aku letak. *aku tipu. dlm hati sedih sebab ada orang cakap mcm tu.tade sokongan betul.
weh kau tahu tak, itu pilihan ayah aku tahu tak, aku pun minat apa. bukan setakat minat je. minat giler tau. kalau boleh aku nak letak pilahan no satu tau. nasib baik aku letak no tiga. dah lah impian aku nak ceburi dalam bidang business ini. tapi sekarang, aku tak pedulik apa orang nak cakap, aku dah ada pendirian dah. dan aku nak capai impian aku tu. insyaallah :)

yang ketiga travel seorang diri. pakai duit sendiri. mula mula aku travel yang dekat dekat dulu. jakarta ke, thailand ke, vietnam ke pastu baru aku pergi jauh sikit london ke, paris ke. baru beshh kan. aku bawak peneman la. aku bawak kakak aku atau kawan aku. sapa nak ikut ?

yang keempat kereta dengan rumah. untuk aku sorang je wokeh. taknak kongsi kongsi dengan suami. aku memang kedekut sikit. dan tak lupa untuk parents aku. insyaallah :)

yang kelima nak duit banyak boleh tak? nak kumpul duit banyak banyak. baru boleh impian tercapai. insyaallah :)

yang keenam kerjaya. aku pun taknmpk lagi apa yang akan aku jadi lepas ini. aku tengok dulu apa yang ijazah aku ambik. kalau tu. tulah jadi dia. tapi aku nak kerjaya yang boleh membantu aku masa hadapan.

yang ketujuh kahwin? ala. aku tak target bila aku nak kahwin. aku tak kisah aku kawin awal ke, lambat ke. aku tak kisah sangat. kalau awal, aku nak suami aku tu, tahu yang aku nak capai cita cita aku. kalau lambat bagus jugak, nnt boleh impian aku terlaksana. biarlah orang nak cakap anak dara tua. ada aku kesah. tangan didada, mata keata.

yang kelapan iman didada :) isyaallah iman aku sentiasa lekat dihati. amin :)

impian bukan sahaja kita tawakal, tapi kalau kita sendiri tak berusaha, tidak mungkin impian itu akan terlaksana. nak impian kita terlaksana, berusaha lah sebaik mungkin yang kita boleh  :) insyaallah akan termakbul cita cita itu. AMIN :)


No comments:

Post a Comment