About me

My photo
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
going 21 years old.
port dickson, Malaysia
taking business administration in marketing- UNITEN
a caliph of allah, an ummah of rasullulah <3

Thursday, June 23, 2011

catatan dia dan aku kata

assalamualaikum

sejak dua menjak ini, aku terlampau fanatik dengan novel Zahiril Adzim iaitu BOGEL MENUJU TUHAN. walaupun takdpt beli buku tu lagi tapi aku dapat tengok pelancaran buku dari video video yang kawan kawan aku bagi. tapi aku tertarik dengan puisi yang dibaca oleh shera aiyob.

 tajuk-catatan aku&dia kata

sayang betul dia kat aku
aku buat salah teruk
dia menangis satu malam
dan kemudian esok pagi
dia jumpa aku
dia tersenyum
kesalahan aku memang tak layak untuk terima senyuman ini
adakah ada manusia yang semulia seperti macam ini?

dia nak marah
tapi dia nak ketawa
dia nak pukul
tapi dia nak ketawa lagi
dia nak tunjal kepala aku
tapi dia takut kepala aku sakit
dia nak lepaskan kemarahan dia
tapi dia takut aku terasa
dia nak merajuk
tapi dia nak berbual dengan aku
dia nak paling muka
tapi dia nak tengok muka aku
dia nak menangis
tapi dia taknak bersedih pasal itu
dia nak maafkan aku
sebab dia nak terus sayang aku

dia kata aku BODOH
aku kata "memang"
dia kata aku TAKFIKIR
aku kata "itulah pasal"
dia kata aku TAK GUNA OTAK
aku kata "itu betul"
dia kata aku BANGANG
aku kata "paling bangang"
dia kata aku JAHAT
aku kata "takde niat"
dia kata aku TAKUT BILA BUAT SALAH
aku kata "takut gilaa"
dia kata dah agak dah
aku kagum dengan firasat dia

dia dah tak tahu nak kata apa
aku kata jangan kata apa, HUKUM je
dia kata taknak hukum
aku kata MAAF

dia tanya dah makan?
aku kata nak makan sama?
dia kata JOMM
aku kata dalam hati
tuhan kalau betul dia jodoh
biar aku lawan untuk jodoh ini :)



#sweet je shera aiyob baca kan untuk tunang dia?

mendalam kan puisi ini? tapi makna dia tersangattt sangattt lahh sweett nyaa. sumpah banyak banyak puisi, puisi ini yang paling aku suka. sweet sweet gula gula gitu.  syabas Zahiril Adzim sebab berjaya menghasilkan puisi sebaguss inii. thumb ups !


p/s  : takboring baca banyak kali :)


2 comments: