About me

My photo
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
going 21 years old.
port dickson, Malaysia
taking business administration in marketing- UNITEN
a caliph of allah, an ummah of rasullulah <3

Tuesday, May 3, 2011

sharing is caring :)

assalamualaikum :)

hye awak semua :) hehe. alhamdulilah aku baru balik dari interview untuk jurusan senibina ataupun dalam bahasa omputeh dia architecture. hari ini, ouh tidak bukan hari ini, sekarang jam menujukkan pukul 2.38 am, maknanyer semalam la kan. oke, semalam aku bukak website blog and then aku jumpa suruh aku kongsi pengalaman aku kena interview.

oke ini adalah merupakan kali pertama aku kena interview. takpernah dalam hidup aku pun kena pergi interview. aku ingat lagi time sekolah dulu, masa budak budak lepasan SPM ini sibuk nak isi borang UPU tu kan. aku cuba elakkan aku kena pergi interview. aku carik course yang takpayah kena pergi interview. walaupun itu impian aku masa sekolah lagi. biasa la angan angan aku kan nak jadi arkitek sebenarnyer cuma tak meluas je cita cita aku dulu. kejap nak chemical engineering, yela dulu aku minat GILER kat kimia. sekarang entah :(. tetiba sejak aku masuk matrik ini, minat aku kepada engineering semakin berkurang dan berkurang. aku lebih berminat kepada bidang senibina nie. sekarang aku fikir kalau aku cuba elakkan diri taknak pergi interview. sampai bila bila pun aku tak kan berjaya. dan cita cita aku tak kan tercapai. so, aku beranikan diri isikan jugak course yang ada interview. aku akan harungi semua lautan yang ada. *semangat giler kau ! hehe

secara jujurnyer aku memang takde buat preparataion untuk interview ini. aku buat sikit sikit je, itu pun kakak kau suruh aku google carik pasal senibina ini. itu pun saat saat akhir. sebab mungkin first time kott, aku sendiri tak tahu nak prepare mcm maner. dan ada jugak berlatih bercakap dengan kakak aku. thank you kaklong :)



jumaat yang lepas, aku kena pergi interview kat UTM international campus, jalan semarak, KUALA LUMPUR. macam biasa, aku bangun awal awal pagi, sebab tak nak tersekat kat dalam kesesakan jalan raya katanyer. mak aku peneman setia aku dari awal pagi hingga ke petang.  aku sampai dalam pukul 7.40 pagi mcm tu. aku masuk je kat dewan jumaah tu, woowww ! hebat hebat kott diorang nie. siap bawak lukisan yang selalu budak LUKISAN KEJURUTERAAN (LK) bawak kemana mana tu. tahu tak? ala yang beg besar warna hitam tu, yang selalu budak LK jinjing beg diorang ke hulur hilir tu.  tahu tak? * smart la kalau dapat bawak tu. hehe. dapat bayangkan tak? ada siap bawak kotak lagi. mungkin tu contah plan yang diorang pernah buat time kat sekolah dulu  kott. aku cuma bawak kertas lukisan yang hanya dimasukkan kedalam fail biasa je bersama sama dengan sijil. sebab aku takambik LK mcm diorang :(. untunglah siapa ada ambik LK time sekolah dulu. belajar semua benda.

dalam interview ini ada 3 sesi 2 bahagian. 

dalam sesi pertama ini, dikenali sebagai sketching. hanya perlukan pensil 2B sahaja dengan pemadam. pembaris dilarang sama sekali. haram la digunakan. juat kita sketching je. masa 20 minit sahaja. memang singkat waktunyer. tapi masa itu emas kan. pandai pandai korang bahagikan masa korang.

soalan : anda diminta untuk melukis yang ada rumah jiran, kereta, landskap dan orang. lebih kurang la soalan dia mcm tu.





ini mungkin contoh yang boleh aku kongsikan untuk korang. korang reka je mengikut idea korang masing masing. aku tahu korang sebenarnyer kreatif kan. lukis ikut hati korang. jangan risau, lukis je just sketching je.  mcm aku ini takde langsung basic LK, siapa yang ada basic LK mmg untung la sangat. aku hanya ada basic SENI je. aku redah je lukisan tu. aku lukis ikut idea aku datang masa tu. 

untuk sesi kedua pulak, menjawab soalan mcm jawab soalan subjektif. soalan yang aku ingat

namakan 2 arkitek yang paling terkenal di dalam malaysia ataupun di luar negara ?
sumpah ! memang aku tak tahu lansung pasal soalan ini. aku rasa menyesal tak carik maklumat pasal benda. nasi dah jadi bubur kan. aku pun bantai je la nama nama yang ada. masa interview, panel tu tanya aku sapa dua orang arkitek ini? * ting ting padam muka ! sapa suruh tak buat research dulu kan. pangggg ! penampar satu.

pastu kat soalan tu jugak dia suruh aku lukis 3D dimension dari lakaran yang dia bagi * ting ting padam muka ! aku takbelajar la. mcm maner ini. aku ingat masa zaman zaman sekolah kegemilangan subjek KEMAHIRAN HIDUP ada la belajar sikit sikit. TAPI aku dah LUPAA !! aku lukis 3D tu mengikut apa yang aku pernah belajar. aku bantai je, tapi tak tahu betul ke tak. ada satu lukisan tu mmg aku tak dpt bayangkan sudut sisi dia mcm maner. susah jugak la.

pastu ada soalan suruh kita mcm sambungkan lukisan yang dilukis separuh je and then jadikan apa yang korang rasa nak jadi. lukisan pertama, separuh melekung dan aku jadi kan separuh melekung itu menjadi sebuah stadium. lukisan kedua, lukisan dia mcm pokok krimas yang terpotong dua. serius aku tak tahu nak lukis apa kat situ, takde idea lansung. tetiba aku terfikir untuk jadikan sebuah kolam renang. aku bantai je semua tu. aku redah je. masa dia 40 minit je untuk sesi dua ini.

untuk sesi ketiga pulak, macam biasa la sesi interview. sumpah aku tunggu lama giler untuk giliran aku. haritu pulak hari jumaat, rehat kejap untuk solat jumaat. sambung baliik, pukul 2.40 ptg baru aku masuk bilik iinterview. akhirnyer.. boleh tertido kott tunggu. satu interview dah dekat setengah jam. lama tu. masa interview itu mcm biasa la soalan dia

apa yang mendorong awak ambik bidang ini?

kenapa awak memilih bidang ini?

apa yang awak paham tentang kerjaya sebagai seorang arkitek?

adakah family awak menyokong awak dalam bidang ini?

p/s::soalan dia semua dalam BI. kecuali masa interview soalan dia ada BI ,ada BM. campur campur la.



UKM untuk sesi temuduga kedua. hari keesokkan harinya, hari sabtu. dan pengalaman yang lepas mengajar aku sikit demi sikit. first first masuk UKM. woowwww !!! besar giler UKM ! best giler UKM ! nak masuk UKM la. wahh beshh nyerrr ! masa kat UKM aku masuk kat bahagian fakulti kejuruteraan dan seni bina. aku dapat tengok hasil hasil kerja pelajar seni bina. mcm maner diorang buat final projek diorang. wahh seronoknyerr !! * semangat datang balik. korang nak tahu lepas interview kat UTM tu. aku rasa down sgtt sebab tak dapat buat yang terbaik. menyesal jgn cakap la kan. menyesal sangat sangat nie.

kat UKM interview paling aku rasa seronok sgtt. sebab aku jumpa kawan kott kat sana. walaupun baru kenal tapi rasa mcm dah lama kenal. tapi sayang aku taktahu nama dia. sedih bukan :(. borak mcm dah lama kenal tapi nama pun tak tahu. yang aku tahu dia dari MATRIK SELANGOR (KMS). harap kita dapat jumpa lagi. insyaallah :)

sebelum kitaorang buat ujian melukis ini, kitaorang berkumpul kat DK 1. kat situ kitaorg tengok video pasal senibina pastu ada briefing sikit pasal course tu. pihak tu cakap, course ini tersangat sangat susah, pressure banyak, takboleh nak rilexs, kerja semua, kerrja yang berterusan non-stop * membuatkan aku terfikir seketika.

kat UKM ini ada dua sesi je. mcm biasa la sesi pertama, sesi melukis, oke dia bagi  empat gambar, ada gambar pokok, ikan lumba lumba, kain batik dan kereta sport


TUGASAN 1
jadikan daripada salah satu atau kesemuanyer elemen diatas itu menjadi sebuah bangunan atau struktur mengikut idea anda masing masing

TUGASAN 2
tuliskan esei pendek mengenai kedalam kefahaman anda tentang senibina yang anda tahu sejak dari zaman moden, tradisional, kotemperari, kuno dan sebagainya

MASA 40 minit sahaja.




 dalam lukisan aku tu, aku ada selitkan unsur kehijauan sikit, alam sekitar sikit daripada elemen pokok tu. pastu aku masukkan lagi unsur tradisional daripada elemen kain batik. pastu aku masuk kan unsur moden daripada unsur  kereta tu. dah siap lukis tu, buat la esei pendek tentang senibina yang aku faham. aku tulis pun ikut kata hati. apa yang pernah aku baca, apa yang pernah aku tengok semua aku sumbatkan dalam esei aku. tapi tak sempat sangat sebab masa pendek je kan.

untuk sesi kedua nie, sesi interview ataupun sesi beramah mesra. sesi interview ini mmg cepat giler berjalan. dalam sepuluh minit panggil nama lain, pastu panggil nama lain, nama lain lagi. sekali tengah borak borak dengan kakak aku sekali
NUR EZZAH SYAHIRAH BINTI SABRI

nama aku dipanggil. menggelabah kat situ. sebelum nak masuk sesi interview tu ada chech rabun warna mcm korang nak ambik test berkomputer JPJ tu, cuma dia tak guna computer pun, dia guna secara manual sahaja. rabun warna CANTIK ! no problem.

melangkah lah kaki aku ke sesi interview tu. sumpah best giler interview kat UKM. panel tu bukan banyak tanya pun, banyak borak je. bercerita la. cerita itu la, cerita ini la. pastu buat lawak. dah habis pastu boleh keluar. serius untuk sesi interview ini aku keluar dengan yakin tanpa rasa down. aku rasa enjoy untuk sesi interview kat UKM ini. tak stress sgtt, seronok la. aku confidents kat UKM berbanding UTM :)

p/s::kat UKM semua cakap BM 


mungkin pengalaman aku sedikit sebanyak dapat membantu korang yang nak pergi interview tak kisah la jurusan apa apa sekali pun, tapi aku lebih prefer bercerita tentang jurusan senibina la. interview apa sekali pun , korang mesti prepare daripada awal. jgn jadi mcm aku. tak prepare sgt. nervous tahap ayam la nmpknyer. cuba google carik pasal jurusan korang yang kena interview tu. pasal korang pun kena tahu pasal universiti yang korang pergi. diorang mesti tanya 

kenapa pilih UKM/UTM/UiTM/USM??

korang kena tahu la serba sedikit pasal U korang tu oke. aku tahu perasan orang yang first time kena interview mcm maner. nervous ?? tu mesti ada. aku dah banyak kali keluar masuk tandas. wajib tu ! hehe. practice bercakap, aku tahu nnt dah smpai sana otak semuanyer blank. tape korang mcm biasakan diri dengan bercakap. cuba try dwibahasa. BI and BM.

the conclusion

semakin banyak usaha kamu untuk mencapai bintang, 

semakin hampir cita cita yang kamu impikan 

:)

p/s :: kadang kadang apa yang kita harapkan, apa yang kita inginkan, apa yang kita cita citakan. kadang kadang kita takdapat kan. aku berharap cita cita ini menjadi satu kenyataan. insyaallah. aku pun taknak berharap sangat. nnt kecewe. assalamualaikum :)


p/s:: aku harap dapat membantu. maaf kalau ada yang kurang :)


GOOD LUCK KORANG !









No comments:

Post a Comment