assalamualaikum :)
aku kasi besar punyer gambar untuk gambar mak aku nie. tadaaaa ! ini lah mak aku. AZIZAH MAT ISA. aku bukan keturunan jawa, bugis, belanda. atau aku sendiri tak tahu aku dari keturunan apa. yang aku tahu chiness chiness tu ada la jugak. sbb nenek aku dulu ada keturunan chiness chiness sikit. jgn tgk aku ! aku tahu aku tak putih mcm cina. mata pun tak sempet mcm cina. kalau dah melayu, melayu la jugak. hehe
takperlu untuk aku bercerita panjang lebar apa istimewa nyer mak aku. aku bersyukur mempunyai ibu setabah ini. terimakasih tuhan :)
terimakasih emak kerana mengandungkan kakngah sembilan bulan dengan pelbagai cabaran dan dugaan
terimakasih emak kerana melahirkan kakngah dalam keadaan yang bertarung nyawa antara hidup dan mati
terimakasih tuhan kerana kau memberi emak aku ketabahan untuk mengharungi dugaan yang kau berikan
terimakasih emak sebab menjaga anak-anak emak tanpa kenal erti jemu
terimakasih emak menjadi sumber insprirasi seorang wanita yang tabah
ahh. begitu banyak untuk aku berterimakasih kepada emak aku. begitu banyak untuk aku membalas jasa dan pengorbanan emak aku. yang korang perlu tiada siapa boleh menggantikan emak aku selain emak aku sendiri.
aku rasa ingin peluk mak aku tiap tiap hari, cium mak aku tiap tiap hari, aku nak mak aku sentiasa berada disisi aku selalu.
sedihh ohh kalau dengar lagu ibu kalau duduk kat perantau. dulu aku masa duduk kat matrik selalu dengar lagu ibu tu. laju je air mata aku menitis. mcm air paip yang taknak berhenti. kalau dah duduk berjauh baru rasa ya allah besar sebenarnyer pengorbanan ibu kepada kita kan. dan masa itu lah aku cepat cepat capai telefon, telefon mak aku menangis semahu mahu nyer. rindu katanyer ~ hehe
hasil nukilan :: kerjasama adik beradik
this is for you mom <3
walaupun tak seberapa tapi nilai kasih sayang seorang ibu sangat berharga buat kami :)
cium comolot untuk emak ! haha. eh bukan bukan satu ciumana singgah di pipi emak. sayang emakk banyak banyak banyak banyak !
SELAMAT HARI IBU SETIAP HARI
p/s :: seburuk mana pun ibu kita, dia tetap ibu kita buat selama lama nyer :)
p/s:: hargai ibu kita sementara ada lagi waktu. hargailahh. assalammualaikum :)
No comments:
Post a Comment