assalamualaikum yaww :)
harini aku share something lagi,
tengahhari tadi masa aku tengah sibuk sibuk buat assignment physics, tetiba aku terpandang kat rak buku sebelah meja study aku, lepas tu ternampak satu fail kat situ. then, aku ambik fail tu dan aku buka. nak tahu apa isi dalam fail tu?? dalam fail tu ada semua lukisan lukisan aku masa form4 sampai form 5. masa naik sekolah menengah atas subjek pun dah banyak kan. masa tu skola aku telah bubarkan EST. maknanyer batch aku yg first sekali tak ambik EST. sempat la jugak aku blajar EST masa awal tahun form4 dulu. setakat masuk kelas dua kali macam tu je. lepas subjek EST aku dibuburkan, subjek elektif pun datang memanggil manggil suruh pilih. ada tiga pilihan subjek elektif iaitu,
1. REKA CIPTA
2. INFORMATION COMMUNICATION TECHNOLOGY (ICT)
3. PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV)
4. ERT (subjek nie untuk kelas akaun n sastera sahaja)
mula mula sekali aku nak sangat masuk kelas reka cipta. sebab dari dulu lagi aku mmg suka tengok akak akak senior nie bawak fail besar besar. mcm arkitek pun ada aku tengok. sbb tu aku minat sangat nak masuk kelas tu. oke masa hari pemilihan tu, kelas reka cipta mmg ramai students nak masuk. beratur panjang giler. mungkin terlalu ramai kott kelas tu, cikgu roslina pun telah mempengaruhi aku dgn "korang taknak ambik seni ke, ambik seni nie nnt boleh jadi arkitek". dengan laju nyer aku bangun , dengan mata berbling bling aku terus pergi beratur kat kelas seni. masa tu aku berangan nak jadi arkitek. tetiba terlintas kat pemikiran aku, "aku nie pandai lukis ke?", "terror sangat ke aku lukis". masa first2 masuk kelas seni mmg aku cuak giler, sbb aku bukan nyer reti lukis sangat pun. tapi minat ada la sikit. bergabung dengan budak budak yang mmg cnfrm cnfrm pandai lukis. tapi cikgu tu cakap "biar ada minat jgn sebab kamu kena paksa masuk kelas nie". aku igt lagi kata kata ckgu tu masa briefing. masa kenangan ohh kelas nie. pahit , manis, tawar, masam. semua ada.
kan aku ckp aku suka tgk org bawak fail besar besar tu kan mcm arkitek tu kan. aku igtkan kelas reka cipta je bwk fail besar besar. tengok tengok budak psv pun ada bawak jugak. lagi la aku suka. masa aku masuk tu, oke not bad jugak tapi makin lama makin aku pressure kat kelas tu. sbb aku rasa diorg semua lebih bagus dari aku. lebih pandai lukis dari aku. pressure nyah ! tahu tak. oke cukup! hee. aku cuba drop subjek nie, takmasuk kelas. sbb kawan aku ckp kita boleh drop subjek elektif. aku pun mula la takmasuk kelas tu. sekali kena panggil degan cikgu faridah la pulak, guru penolong kanan kat situ. mulut dia. hanya tuhan je yg tahu. pedihhh kott. cikgu takkasi kitaorg drop. dia suruh kitaorg masuk balik kelas. time tu ramai kott yg nak drop subjek elektif nie.tu yg kena panggil tu. cikgu seni mcm dah merajuk dgn kitaorg, dia taknak terima kitaorg balik. then, aku try pergi kelas reka cipta mintak nak masuk kelas tu. tapi terlampauu ramaii sgtt. takboleh masuk. nak pergi ICT mmg aku totally TAKMINAT LANGSUNGG !! lepas tu, dah taktahu nak masuk kelas mana lagi. aku pergi mintak maaf kat cikgu seni tu. pastu cikgu tu bagi masuk balik. maluuu kott nak masuk kelas balik. semua org tengokk je.
tapi siyes kelas seni mmg enjoy giler. takpressure sgt kelas dia. cuma aku pressure time kena lukis je. tapi aku suka warna. i loooikeee ! cikgu ajar pun seronok. sambil belajar boleh pasang music/radio. cara pembelajaran yang selesa. suka hati kau nak lukis sambil baring ke, sambil menyirap ke, sambil bercangkuk ke. suka hati kau. tu yg besh tu. kadang kadang pergi melukis kat luar. cari bahan kat kawasan skola saujana yg indah tu, pastu lukis la kau. beshh , beshh :) lama lama aku boleh ngam dengan kelas seni nie. kadang kadang time exam aku takberharap pun cemerlang sgtt. sbb aku tahu kemampuan aku tahap mana kan. sbb aku takde la terror sgtt melukis. tapi kan, benda yg aku lukis, aku rasa takcantik mana pun. tapi cikgu noraini kata oke, not bad. kalau time aku rasa lukisan aku cantik, cikgu noraini kata tak cantik. mata org seni kan. mmg berbeza. pandai menilai seni seseorg.
oke aku nak share kat korang lukisan lukisan yg aku dah buat. takla secantik mana pun. cuma nak share je. sebab tetiba terigt kelas seni kan. yg banyak sgtt dugaan kat situ.
korang tahu nie lukisan aku yang firstt sekali time aku masuk kelas tu. tetiba masuk je kelas. cikgu briefing sikit sikit. pastu dah terus kena lukis suasana "sambutan hari jadi". time nie guna crayon. time nie aku tibai je tone tone colour tu. ada tone sikit oke la tu. dah la lama tak lukis.lukis bersungguh sungguh pun time skola rendah je. mcm budak budak lukisan aku. ada aku kisah??
lukisan nie pulak guna water colour. cikgu kata water colour is much better than crayon wlpun kadang kadang water colour tu mcm comot sikit. tengok cikgu buat mcm senang je dia colour.suka tgk dia colour. mcm terpegun la jugak. *jeles :) nak jadi mcm cikgu jugak
alamak ada markah ! kan aku ckp aku tak terror mana pun lukis.
tahu tak lukis gmbar org dari belakang lagi senang dari lukis gmbar org dari depan. sbb lukis dari belakang nie takpayah susah susah nak lukis muka dia mcm maner. hidung dia mancung ke tak.
gabungan warna hijau+kuning+biru.
kerja yang taksiap. jgn jadi mcm aku ! *amaran nie
B- je aku dapat. takbanyak mana pun. kitaorg pun ada belajar lukis potret, lukis orang mengikut posisi yg betul. selalu kita lukis org ikut suka hati kita kan. tangan kecik, kaki panjang. mata besar , mulut pulak yg kecik.
tengok potret aku. takpernah siap. kerja takpernah siap. nak lukis hidung dia dah berapa lama. tu baru lukis hidung tu. mata dia lagi. sama takk hidung ngan mata dia?? * sambil bling bling mata. taksama ! oke fine.
yang nie aku suka ! belajar titik propesct tak salah aku la. aku lupa la nama dia. tapi yg penting ikut titik yg kita buat. aku suka giler buat lukisan nie :)
lukisan nie kerja berkumpulan aku dengan kawan baik aku myra. dia lagi bagus lukisan dia dari aku oke. sangat sangatt baguss ! terlampau bagus !
lukisan yg takperlu water colour. lukisan yang telah menumpulkan mata pensil aku. tapi aku suka buat lukisan mcm nie. guna shadow pensil je. beshh :)
setakat nie, nie je yg aku boleh share kat korang. sebnrnyer banyak lagi. tapi yg aku jumpa hanya nie je. lagi kat cikgu yg tak berambil tu. kalau korang ada minat, jangan putus asa. buat sampai korang rasa boleh. korang boleh buat sebenarnyer. don't give up oke :)
special to my friend mira :: terimakasih sebab kau banyak tolong aku buat lukisan. bukan sikit tapi banyak oke! jasamu sangat aku kenang. terimakasih kawan lagi sekali ! awwwww~
saya kadang kadang suka seni sebab
SENI ITU INDAH
:)
No comments:
Post a Comment