assalamualaikum yaww !
im back babeh ! mungkin agak lama aku dah tak mengupdates blog aku nie.sorry guys~ aku baru je lepas menghadapi exam pertengahan minggu lepas. mencabar??? ofcourse mencabar. mcm biasa physic aku susah. tak sangka keluar soalan mcm itu. tapi tape la yang penting dah lepas kan. dan aku dah cuba yang terbaik sekali dlm exam kali nie. report bi aku pun taksiap lagi disebabkan aku exam minggu lepas, kerja agak terbantut sikit. tapi kitaorg berjaya siapkan QUESTIONNAIRE BI yang telah direject banyakk kali oleh pensyarah aku. orang lain dah siap tapi group aku masih lagi dlm prosess. bayang kan apabila kerja korang kena rejectt banyakk kaliii ! mesti pressure kan? tapi kan dari situ memberi motivasi kita untuk kita terus maju kedepan.bangkitt dan teruskan usaha smpai kita dapat apa yang kita harapakan.jangan mengalahh kawan kawan ! ayuhh bangkit kawan kawan :)
oke untuk entry kali ini bukan la aku nak cerita pasal motivation. tapi aku nak cerita pasal MODEN vs TRADISIONAL. apa itu ya?? deria penglihatan kita ataupun pancaindera merupakan kurniaan yang amat penting khususnyya dalam menjalankan aktiviti seharian kita.tidak semua di antara kita memiliki peglihatan yang baik. macam aku. aku mengalami masalah rabun jauh sejakk dari bangku sekolah lagi. tapi masalah bagi aku adalah aku taksuka pakai cermin mata. mungkin aku takselesa pakai cermin mata. aku rasa mcm ada sesuatu kat muka kau. memang rasa tak selesa.aku rasa rimas.maknanyer hanya waktu waktu tertentu je aku pakai.contohnyer time aku tengah belajar ke, nak bawak kereta ke , nak tengok movies ke.time mcm tu mmg penting untuk aku pakai cermin mata.kekadang orang kata aku sombong sebab aku tak tegur diorang.bukan aku taknak tegur masalahnyer time aku jalan jalan ke , aku mmg takpakai cermin mata.so aku taknmpk. aku mintak maaf sebab tak tegur korang. aku hanya manusia kerdil sahaja dimuka bumi. wahhh gitu u. hehe
tetapi dengan kecanggihan teknologi yang ada pada hari ini secara tidak langsung ia membawa perubahan terhadap pemakaian cermin mata.bagi kamu yang mempunyai masalah penglihatan , cermin mata kini menjadi pilihan kedua semenjak kehadiran kanta lekap yang tumbuh bak cendawan pada masa kini.aku takla pro sangat nak beri maklumat tentang kanta lekap nie. tapi aku ada sedikit pengalaman untuk aku rasa berkongsi bersama korang.walaupun takbanyak tapi ada la sikit. walaupun sikit tapi menberi input yang bermakna kepada korang. insyaallah :) aku try beritahu apa yang aku tahu oke. kalau korang ada tips lain kita share share la oke. sharingg is caring. hehe.
CERMIN MATA
seperti kita tahu cermin mata untuk orang yang mempunyai masalah penglihatan kan?namun apa yang membuatkan cermin mata sekarang menjadi pilihan kedua dan apa yang mebuatkan orang masih lagi pakai cermin mata?
PRO ::
- Penggunaannyer lebih praktikal.
- walaupun kadang kadang cermin mata agak mahal sikit mengikut power penglihatan seseorang , tapi ianya mampu bertahan untuk jangka masa yang lama. contohnyer dua hingga tiga tahun cermin mata boleh bertahan , ikut korang punyer penjagaan.tapi kalau korang guna cermin mata time tido mmg alamatnyer taksmapai setahun dah kena ganti baru.kalau letak cermin mata merata rata pastu terpijak memang kena corek duit dlm tabung la nmpknyer. itu aku ! aku dalam setahun boleh beli cermin mata sampai tiga empat kali ganti.sebab salah satu nyer hilang la , patah la , terpijak la. sebab aku kan suka letak merata rata.hehe
- oke yang ketiga , penggunaan cermin mata tidak perlu penjagaan yang begitu rapi mcm kanta lekap.
- then , cermin mata nie boleh dibawa dan dipakai ke mana mana. tak kira berapa jam korang nak pakai. suka hati korang nak pakai berapa lama pun . tade langsung limit .
- lastly , cermin mata nie mudah dijaga :)
KONTRA ::
- mungkin muka sesorang itu akan kelihatan sedikit "nerd" berbanding wajah asal. tetapi kekadang nerd itu yang cantikkan seseorang.nampak pandai sikit. wahh~
- kalau kita kerap pakai cermin mata , mungkin akan menyebabkan kesan hitam di kiri dan kanan batang hidung. cuba korang tengok kalau orang yang dah biasa pakai cermin mata pastu tetiba bukak mesti nmpak lain bebenor kan?? mungkin nie salah satu kesannyer.\
- mungkin orang anggap pakai cermin mata nie kurang daya tarikan. tidak juga oke. kalau korang pandai pilih cermin mata yang sesuai dengan muka korang ,mungkin akan nampak lagi cantik :) sekarang kan zaman dah moden , cermin mata sekarang pun dah pelbagai jenis dan bentuk.mcm mcm jenis ada jual kat kedai.pilihh jee mana nak.
- pemakaiannya mungkin akan lebih jelas kelihatan :)
KANTA LEKAP MENJADI PILIHAN
semasa kemunculan contacs lens nie , ianya sama je fungsi seperti cermin mata. tapi sekarang telah menjadi sebahagian aksesori kepada semua orang. kejap ! bagi korang yang rabun disana itu, ingin menggantikan cermin mata kepada kanta lekap , pastikan pro and kontranya dulu. aku tak bape arif sangat nak kongsi tapi aku ada sedikit information nak dikongsi bersama korang :)
PRO ::
- mungkin penggunaan kanta lekap nie lebih kemas. yess , i admit ! memang aku setuju. penggunaannyer lebih kemas berbanding cermin mata.
- kanta lekap juga terdapat variasi warna bagi kamu yang ingin kelainan.contohnyer , biru , green , brown *my favourite! hehe
- kanta lekap juga digunakan atas tujuan terapeutik ataupun kaedah rawatan bagi beberapa masalah mata. contonhyer , katarek.
- salah satu nyer lagi , orang di sekeliling kita mungkin tidak tahu yang korang mempunyai masalah penglihatan memandangkan pemakaian kanta lekap tidak kelihatan.sebab ada yang takde colour. mungkin mata korang special sikit , mata korang akan nmpk bersinar sedikit disebabkan contacs lens yang tak bercolour.
- akhir sekali , kanta lekap perlu penjagaan yang agak rumit dan rapi tapi mampu mendisiplinkan korang dlm penjagaan mata. supaya korang rajin jaga mata korang sebaik baiknyer :)
KONTRA ::
- perlu diingat !! kanta lekap nie amat sensitif.tak boleh pakai sesuka hati je.ada caranyer mcm maner nak pakai kanta lekap nie.
- penggunaannya perlukan penjagaan yang cukup rapi dan perlu mengikut tempoh masa tertentu. kalau dah contacs lens itu boleh guna sebulan je , jangan korang guna smpai dua tiga bulan tak bertukar. bahaya itu ! tapi aku kekadang ada jugak terlajak smpai sebulan selebih. hehe. tapi jangan ikut aku ! aku tade masa nk pegi beli. sebab aku mana boleh keluar tiap tiap hari. sabtu ahad je boleh keluar. tu pun kekadang je keluar. sebab BUSY ! tu je la alasan yang aku ada. hee
- mudah berlaku jangkitan pada mata korang jika korang tak jaga dengan betul. bahaya nyah !
- jika korang rasa jangkitan , jangan biarkan. jika tidak masalah kesihatan mata korang akan terjejas dan risiko sakit mata akan bertambah teruk dan lebih bermasalah.
- permakaian produk yang murah mampu memberi risiko yang tinggi terhadap mata. aku bukan suruh korang beli produk yang mahal mahal. bukann oke ! wlpun murah biar produk tu bermutu tinggi. baru class nyahh. tade la korang sakit mata kalau pakai produk tu nnt. oke :)
selamat tinggal cermin mata ! sekarang aku dah boleh nmpk orang berada 100meter depan aku tanpa pakai cermin mata. i looooikeee <3
mungkin aku ada sedikit tips nak bagi kat korang. firstly ,
- kalau korang nak pakai contacs lens or nak tanggalkan ke jangan lupa basuh tangan dulu, mana tahu tadi korang korek hidung ke , terpegang benda kotor ke . itu semua kuman oke.bahaya untuk mata.
- jangan sesekali korang berkongsi / meminjam / meminjamkan contacs lens korang dengan orang lain. aku tahu korang yang guna yang tade power nie mesti ada kes pinjam pinjam kan. jangan oke ! tak bolehh !
- masa nak basuh contacs korang tu gunakan sabun yang lembut yang tidak mengandungi pewangi , minyak atau mengandungi bahan yang tak sesuai. lagi satu jangan la korang kedekut sangat air. ye la nak berjimat katanyer. air kena ganti tiap tiap hari.walaupun korang takguna. aku dah kena sound dengan doktor tu suruh jangan kedekut air kalau nak guna contacs lens nie. baik doc :)
- akhir sekali , jangan sesekali pakai kanta lekap time tidur ! itu aku jugak ! suka tidur petang dengan contacs lens sekali. ye la sayang sangatkan. jangan oke korang ikut perangai aku. aku pemalas sikit. jangan oke nnt power korang bertambah. lagi satu nnt kanta lekap korang kering. susah nk tanggalkan nnt. aku dah kena.mmg payah la nk tanggal. carefull oke :)
mungkin smpai situ je kau boleh kongsi kan kat korang . walaupun tak banyak tapi ada la sikit kan. so nak pakai cermin mata ke nak pakai kanta lekap ke ada pro and kontra . pandai pandai korang menilai sendiri. nak renung renungkan :)
mata bukan sahaja organ deria yang cukup penting bagi kita , tetapi mata jugalah yang menjadi pengikat terhadap hubungan sesama manusia :)
No comments:
Post a Comment